Otai Pelaburan Hartanah

Otai #1: Faizul Ridzuan

Beliau mula ceburkan diri dalam pelaburan hartanah seawal 24 tahun, dengan modal hanya RM2,000 dalam akaun bank. Faizul Ridzuan selalu tekankan kepada pelabur lain dengan mantra ‘lokasi, lokasi, lokasi’ dan suka gunakan strategi yang tak ramai orang buat.
Pernah tak dengar buku bernama WTF (Where To Find) – 23 Properties by 30?
Ini buku berstatus best-seller Faizul Ridzuan, yang kongsikan pengalaman selama beliau terlibat dalam pelaburan hartanah. Beliau juga aktif buat seminar bagi pelabur hartanah yang serius, Sarjana Hartanah.
Kalau anda memang dah allocate modal besar untuk pelaburan hartanah, korang dialu-alukan untuk hubungi beliau. Syarikat perunding beliau (FAR Capital Sdn. Bhd.) sedia membantu orang ramai merealisasikan impian pelaburan hartanah mereka.
Laman Web: FaizulRidzuan.com
Facebook: Faizul Ridzuan 

Otai #2: Ahyat Ishak

Beliau adalah penulis buku best-seller ‘The Strategic Property Investor.’

Tak cukup dengan itu, beli juga pengasas program Strategic Property Investoryang banyak membantu rakyat Malaysia menjana kekayaan menerusi pelaburan hartanah.

Tuan Ahyat terlibat dalam pelaburan hartanah lebih daripada 10 tahun, dan berjaya menjadi jutawan hartanah sebelum umur 30 tahun.

Dengan gabungan pengalaman dalam bidang pelaburan hartanah dan belajar dengan ramai jutawan hartanah yang lain, beliau perkenalkan sistem bernama REALWealthFormula ™ dan Strategic Property Investor Model ™.

Sistem ini adalah rangka kerja bagi seminar, bengkel, dan juga ceramah anjuran beliau.

Laman Web: Strategic Property Investor 
Facebook: Ahyat Ishak 

Otai #3: Amir Syahir


Tuan Amir Syahir merupakan seorang penjawat awam yang suka berkongsi ilmu berkenaan hartanah, pengurusan kewangan, dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat untuk kebaikan orang muda.

Beliau ada pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan dan juga pengurusan kewangan untuk anak muda.
Facebook: Amir Syahir 


Otai #4: Dr. Azizul Azli


Beliau adalah seorang pensyarah dan juga pakar dalam bidang pelaburan hartanah.
Dr. Azizul kerap diundang untuk kendalikan seminar tentang hartanah kepada masyarakat awam dan pelajar universiti.
Mudahnya Beli Rumah, adalah buku sulung dan juga best-seller hasil nukila beliau. Beliau adalah satu-satunya Doktor dalam senarai ini.
Facebook: Azizul Azli Ahmad 


Otai #5: Shafie Bustan


Shafie Bustan, atau lebih dikenali sebagai pie2020 dalam arena blogging, adalah seorang pelabur hartanah yang pakar dalam pasaran rumah lelong.
Beliau mulakan portfolio pelaburan hartanah sekitar tahun 2002. Dah berbelas tahun tu pengalaman.
Beliau jugak penulis buku Cinta Rumah Subsale & Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong.
Laman web: Pie 2020
Facebook: Shafie Bustan

Sumber: http://gilahartanah.com

0 comments:

Post a Comment

Followers

Kenali Abam

Yazid Ahmat merupakan seorang perunding hartanah di Johor Bahru. Sebarang petanyaan boleh menghubungi talian 013-7974774 E-mail : yazid.zeema@gmail.com.

Pesanan Abam

Beli rumah awal, jangan tunggu waktu senja usia.
Modal bukan dalam bentuk wang sahaja, masa juga modal utama sebenarnya.


Powered by Blogger.

Mari Melawat Kami

Search This Blog

PENYEWA MISTERI

Rumah Untuk Dijual

Rumah Untuk Dijual