DISCLAIMER:
Catatan ini adalah berdasarkan amalan saya sendiri. Sekiranya ada penilai yang tidak setuju, maka itu adalah hak anda
SOALAN
Saya nak flip rumah. Saya ingin buat renovasi untuk menaikkan nilai rumah. Apa pandangan puan?
JAWAPAN
Menaikkan nilai rumah ni terbahagi 2, nilai dari sudut penilai hartanah dan nilai dari sudut pembeli
Saya kongsikan apa nilai renovasi dari sudut penilai hartanah
Dalam penentuan nilaian, perkara berikut mesti di ambil kira bila melibatkan renovasi
-Renovasi mestilah bangunan kekal. Kalau setakat tutup dengan zink utk dapur extension, tidak diambil kira
-Renovasi dibuat mesti didalam tanah/ kawasan mengikut geran. Ada yang buat melebihi sempadan, maka itu tak boleh di nilai
-Renovasi mestilah mengikut syarat dan di luluskan oleh pihak berkuasa tempatan
-Design reno mestilah 'normal dan selamat' secara umun. Jangan reno versi 'mencabar keberanian'.
-kos renovasi bukan bermaksud NILAI HARTANAH. Contoh, rumah standard nilaiannya 100. Reno dengan kos 70...tidak boleh ambil nilai reno terus di campur dgn nilai standard menjadikan 170.
Untuk tambahan, sekiranya anda bertujuan untuk flip/jual semula rumah tersebut, tidak perlu bazirkan lebih banyak wang untuk renovasi.
***pening wo nak value rumah flat extend dapur jadi 2tingkat 😂😂
PENILAI SUKA MAKAN IKAN AIR TAWAR
PUAN DIVA
Ehsan/ Copy& paste & Sumber : Facebook : Afidah Razali
Thursday, 21 February 2019
Home »
» RENOVATION RUMAH : DARI PANDANGAN PENILAI HARTANAH
0 comments:
Post a Comment