Tuesday 21 March 2017

Modal Untuk Beli Rumah Baru– No Money No Talk

Berapa banyak modal yang perlu ada untuk membeli rumah? Ini pecahan item yang diperlukan untuk memodalkan pembelian rumah anda.



1. Down payment 10%. 
Down payment ini dipecahkan kepada dua bahagian biasanya, 3% dan kemudian 7%.    3% untuk booking, kemudian dalam tempoh masa yang ditetapkan, langsaikan 7% tu dulu.
2. Kos perjanjian jual beli (sales & purchase agreement atau S&P) dan duti setem. 
Nak senang kira, kos ni dalam 3% daripada harga rumah. Kena bayar sendiri kecuali kalau beli rumah under construction, mungkin pemaju akan menanggung kos ni. Pembeli tandatangan je.
3. Kos berkaitan pinjaman iaitu berjanjian pinjaman dan duti setem pinjaman. Yang ni boleh dimasukkan ke dalam loan. Yang ni lebih kurang dalam 2.5%.
4. Valuation fees 
Atau kos untuk membayar jurunilai rumah menilai harga pasaran rumah anda. Bank memerlukan jurunilai panel mereka menilai harga rumah anda dan akan memberikan loan berdasarkan nilai rumah yang diberikan oleh jurunilai tadi. Biasanya kos ini dimasukkan sekali dalam loan. Yang ni 0.25% daripada harga rumah bagi rumah.
5. Fee agen hartanah 
Fee agen hartanah sebanyak 2.75%. Biasanya penjual yang kena bayar. Tapi boleh jadi pembeli kena bayar. Kena pastikan benda ni dengan agen sebelum membeli.

6. Takaful.
Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik pewaris anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Ada dua jenis takaful, satu boleh dimasukkan dalam loan dan satu lagi tak boleh. Rujuk entri MLTT vs MRTT untuk penerangan penuh.
Kesimpulannya daripada di atas, modal untuk membeli rumah adalah 15 – 16% daripada harga rumah (10% deposit + 3% S&P + 2.5% loan + 0.25% valuation).


Share:

0 comments:

Post a Comment

Followers

Kenali Abam

Yazid Ahmat merupakan seorang perunding hartanah di Johor Bahru. Sebarang petanyaan boleh menghubungi talian 013-7974774 E-mail : yazid.zeema@gmail.com.

Pesanan Abam

Beli rumah awal, jangan tunggu waktu senja usia.
Modal bukan dalam bentuk wang sahaja, masa juga modal utama sebenarnya.


Powered by Blogger.

Mari Melawat Kami

Search This Blog

PENYEWA MISTERI

Rumah Untuk Dijual

Rumah Untuk Dijual