Wednesday 22 March 2017

Kawasan Perumahan Yang Bagus.


Bagus pada saya tak semestinya bagus pada anda. Berikut adalah ciri hartanah yang bagus untuk dimiliki oleh golongan muda sekarang sebagai panduan:-
  • Berdekatan dengan tempat kerja, lebih-lebih lagi kalau tempat kerja anda di tengah bandar. Bukan setakat anda, beribu orang lagi mencari property yang macam ni. Mudah nak jual/sewa bila anda nak pindah daripada kawasan tersebut nanti.
  • Dekat dengan pengangkutan awam, terutamanya MRT & LRT. Lagi dekat, lagi bagus dan kalau boleh dalam jarak yang mampu dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Kenapa? Sebab kalau ikut trend negara maju lain, hartanah yang terletak dalam walking distance dari pengangkutan awam mempunyai kadar sewa yang lebih mahal.
  • Bukan tempat jin bertendang. Maksud saya di sini, bukan di kawasan yang tidak mempunyai perancangan bandar yang betul dan tidak mempunyai kemudahan awam yang lengkap.

Tak perlu banyak-banyak. Kalau salah satu daripada 3 point ini menepati ciri-ciri property yang anda minat, maka boleh kata betullah pilihan anda.
Yang penting kat sini adalah pembelian hartanah mestilah berdasarkan pelbagai faktor penting yang telah pertimbangkan. Antara faktor ini ialah matlamat pembelian samada pelaburan/own stay, kemudahan/keselesaan anda & keluarga anda, potensi kawasan tersebut dan kemampuan anda.
Jangan ikut bulat-bulat cakap orang atau keluarga sebab rumah beli rumah ni hutang sampai mati (kalau ditakdirkan anda pendek umur), jadi pilih betul-betul. Salah pilih nanti menyesal tak sudah.
Jadikan cadangan dan recommendation orang lain sebagai panduan sahaja.
Sumber: http://ariffshah.com
Share:

0 comments:

Post a Comment

Followers

Kenali Abam

Yazid Ahmat merupakan seorang perunding hartanah di Johor Bahru. Sebarang petanyaan boleh menghubungi talian 013-7974774 E-mail : yazid.zeema@gmail.com.

Pesanan Abam

Beli rumah awal, jangan tunggu waktu senja usia.
Modal bukan dalam bentuk wang sahaja, masa juga modal utama sebenarnya.


Powered by Blogger.

Mari Melawat Kami

Search This Blog

PENYEWA MISTERI

Rumah Untuk Dijual

Rumah Untuk Dijual