Kondominium??? Serviced Apartment???? Sama aje kan....
Pada mata kasar, kedua-duanya nampak sama, tapi mengapa nama yang berlainan digunakan untuk sesebuah projek oleh pemaju perumahan? Apa yang membezakan antara kedua-duanya?
Kondominium adalah kediaman berstrata yang dibina di atas tanah berstatus kediaman (residential). Segala bayaran kemudahan (utiliti - eletrik, air) dan cukai tanah adalah bersesuaian dengan status kediaman. Penghuni kondominium kebiasaanya akan dijanjikan privasi.
Bagi “serviced apartment” pula, pada asalnya terma ini digunakan untuk apartmen yang menyediakan kemudahan seperti “housekeeping” dan “room service”; pendek kata ia menyediakan kemudahan seperti hotel.
Tetapi, senario di Malaysia buat masa ini, “serviced apartment” kebiasaannya merujuk kepada kondominium atau pangsapuri yang dibina di atas tanah yang berstatus komersial.
Selain dari itu, kebanyakan “serviced apartment” dibina bersama dengan unit-unit kedai, di mana akses berasingan disediakan untuk penghuni untuk mengelakkan perkongsian akses bersama orang awam.
Oleh kerana ia dibina di atas tanah berstatus komersial, segala bayaran kemudahan (utiliti – elektrik, air) dan cukai tanah perlu mengikut kadar komersial, di mana ianya adalah lebih mahal dari kadar kediaman biasa.
Walaubagaimanapun, kadar elektrik untuk “serviced apartment” boleh ditukarkan kepada kadar kediaman melalui permohonan kepada TNB. Proses ini biasanya akan dilakukan secara kolektif oleh pemaju sendiri.
0 comments:
Post a Comment