Biasanya pembeli baru akan begitu teruja untuk membeli rumah tanpa mengambil kira latar belakang rumah dan juga keadaan rumah yang ingin dibeli asalkan harga rumah yang ditawarkan dirasakan murah dan risau ada pembeli lain yang akan merebut rumah tersebut.
Tetapi sebelum menandatangani SPA
perjanjian jual dan beli, pembeli haruslah mengambil kira perkara perkara
berikut:
1. Status hartanah tersebut,
adakah sama dengan yang diberitahu sebelum ini (pegangan bebas / pajakan).
2. Harga hartanah sama dengan
yang telah dipersetujui antara semua pihak yang terlibat.
3. Penting - Nama penjual.
Mestilah sama dengan nama di dalam surat hakmilik.
4. Syarat-syarat penjelasan bil
tertunggak. Seperti bil air, api, cukai harta, cukai tanah, bayaran maintenance
sekiranya rumah apartment dan sebagainya..
5. Persetujuan tentang
perkara-perkara yang melindungi pembeli dari bebanan kos tambahan atau denda
yang disebabkan oleh kelewatan penjual dalam menyerahkan dokumen.
6. Tempoh perjanjian yang bersesuaian
dengan status hartanah (tambahan masa untuk kes-kes yang mempunyai kaveat atau
sekatan contohnya).
7. Developer / Pemaju tidak
pernah mengalami masalah rumah terbengkalai dan mempunyai latar belakang yang
meyakinkan.
0 comments:
Post a Comment