Tuesday 21 March 2017

Perlukah Agen Hartanah???

Apakah yang dimaksudkan dengan Agen Hartanah??
Agen Hartanah Berdaftar adalah Agen Hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir Dan Ejen Hartanah. Agen Hartanah ini boleh juga dikenali dengan Real Estate Negotiator (REN).
Ramai yang beranggapan proses membeli dan menjual hartanah adalah sesuatu yang mudah dan ringkas. Khidmat Agen Hartanah hanyalah membebankan dan membazirkan wang. Hakikatnya, pasaran hartanah sebenar adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan.
Agen Hartanah sangat berguna kerana:-
1. Melancarkan Proses Jual Beli/Sewa - Agen hartanah mampu melancarkan sebarang urusan jual beli dan sewa hartanah. Seorang Agen hartanah bukan sahaja mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan, tetapi juga mempunyai jaringan yang luas dengan pihak pihak yang terlibat. Secara tidak langsung, dapat memastikan setiap proses bermula dari pinjaman, dokumentasi sehingga selesai proses jual beli berjalan dengan lancar.
2. Pengetahuan dan Kemahiran- Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dsb. Mereka boleh membantu mendapatkan rumah yang anda mampu dan memberi nasihat berkenaan pinjaman. Mereka berpengetahuan mengenai apa yang diperlukan apabila membeli rumah seperti dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah yang terbabit dalam sesuatu pembelian. Seorang ejen hartanah akan membawa anda melalui proses tersebut dan meminimakan tekanan anda.
3.  Mengelakkan PenipuanEjen Hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Ejen Hartanah wajib memaparkan  Tag ID semasa berurusan dengan client. Ejen Hartanah wajib menghadiri seminar dan kursus untuk mendapatkan lesen untuk berurusniaga. Sebarang salah laku yang melibatkan ejen hartanah boleh dikemukan ke pengadilan kerana maklumat dan butiran agen adalah berdaftar. Tiada penyelewengan dalam deposit urusniaga, kerana deposit akan disimpan di dalam akaun pelanggan agensi hartanah.
4. Penjimat Masa- Jika anda mahu menjual rumah, seorang ejen boleh mengambil alih tugas-tugas seperti menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan rumah kepada mereka. Jika anda mahu membeli rumah, ejen boleh menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria anda daripada membuang masa melihat rumah yang tidak menepati kriteria.
5. Pembantu Harga Jual Beli- Ejen akan mengetahui samada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.
6. Hubungan Penting- Ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya. Mereka mempunyai hubungan rangkaian yang baik dan boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak.
7. Pengurusan Dokumen: Jumlah kerja yang ada dalam urusan jual-beli kelihatan sangat rumit kepada mereka yang baru dalam perniagaan ini. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih 10 mukasurat. Ini belum lagi dokumen lain seperti borang-borang dari badan kerajaan dan lain-lain. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.
8. Sokongan : Kerana kerumitan proses jual-beli hartanah, anda tidak tahu apa yang mahu ditanya. Seorang ejen akan mempunyai jawapan untuk anda dari awal sehingga akhir.
Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli rumah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.

Sumber : http://www.drumah.com/kebaikan-mempunyai-ejen-hartanah/576.html


.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Followers

Kenali Abam

Yazid Ahmat merupakan seorang perunding hartanah di Johor Bahru. Sebarang petanyaan boleh menghubungi talian 013-7974774 E-mail : yazid.zeema@gmail.com.

Pesanan Abam

Beli rumah awal, jangan tunggu waktu senja usia.
Modal bukan dalam bentuk wang sahaja, masa juga modal utama sebenarnya.


Powered by Blogger.

Mari Melawat Kami

Search This Blog

PENYEWA MISTERI

Rumah Untuk Dijual

Rumah Untuk Dijual