Wednesday 22 March 2017

Proses Membeli Rumah


Berdasarkan panduan dan keperluan, anda telah menjumpai hartanah yang bersesuaian. Anda juga mempunyai modal yang cukup untuk memulakan proses pembelian tersebut. Ini adalah langkah-langkah pembelian hartanah tersebut.
  • Bayar earnest deposit / booking fees kepada agen hartanah atau pemilik hartanah tersebut. Sebolehnya bayar menggunakan cheque / bank draf supaya lebih selamat. Bahaya bawa cash banyak-banyak dan ada rekod rasmi kalau bayar guna cara ini.
  • Dapatkan booking slip daripada agen atau surat daripada pemilik yang mengatakan anda telah membayar sejumlah amaun tersebut untuk membeli hartanah tersebut. Syarat penting seterusnya yang perlu dinyatakan dalam surat ini ialah wang booking ini akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya anda gagal mendapatkan pinjaman min 90% daripada harga rumah dalam satu tempoh masa tertentu. Biasanya tempoh masa ni sebulan, ada yang dapat lebih. Kedua-dua pembeli dan pemilik / agen hartanah perlu menandatangani surat ini.
  • Agen akan cadangkan panel lawyernya dan kalau anda mempunyai preferred lawyer (mungkin ahli keluarga) lagi senang. Lawyer firm ni nak senang kita pilih yang paling dekat dengan kita dan kalau boleh berdasarkan recommendation orang yang kita kenal. Kalau ada lebih daripada satu lawyer firm yang kita rasa ok, minta quotation daripada firm ni untuk bandingkan rate terbaik. Boleh jimat antara RM500 – RM1k kat sini.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman bank. Dokumen yang diperlukan ialah salinan IC, slip gaji 3 bulan (min. 6 bulan untuk yang dapat gaji berkomisen) salina penyata KWSP, surat pengesahan bekerja, EA form (sekiranya ada) dan dokumen sokongan lain seperti slip Fixed Deposit atau salinan muka surat terkini ASB/Tabung Haji/penyata unit trust.
  • Hantarkan permohonan ke sekurang-kurangnya dua buah bank. Kalau anda gunakan perkhidmatan loan broker lebih mudah, tetapi kebiasaannya akan terdapat syarat tersembunyi kalau berurusan dengan mereka. Contoh syarat tersembunyi seperti anda perlu mengambil MLTT daripada mereka atau menggunakan panel lawyer mereka.Kalau anda jenis tak kisah pasal perkara ni, tak mengapa. Disebabkan mana-mana bank pun sekarang ni ada produk Islamik, gunakanlah loan yang Islamik ya. Niatkan kita nak pilih yang halal supaya lebih berkat.
  • Dalam masa seminggu dua, anda akan mendapat jawapan daripada bank-bank ini. Tunggu sehingga anda dapat jawapan daripada kesemua bank dan kalau tempoh masa tak mengizinkan, seminggu sebelum tamat tempoh masa tu, minta extension. Biasanya pemilik rumah boleh bagi sebab dia pun malas nak tunggu cari prospek pembeli lain.
  • Pilih pakej pinjaman terbaik. Secara asasnya, pakej terbaik untuk pembeli rumah pertama adalah yang memberikan pinjaman paling banyak untuk tempoh masa paling lama pada kadar keuntungan paling rendah. Ada pakej yang mungkin tak dimasukkan sekali kos untuk lawyer tadi, boleh minta untuk dimasukkan. Ada bank yang fleksibel, walaupun surat tawaran pinjaman dah keluar, kita masih boleh minta untuk masukkan itu ini dan mereka akan keluarkan surat baru. Tandatangan surat tawaran perjanjian.
  • Lepas sign surat tawaran, inform lawyer firm pilihan kita untuk siapkan S&P. Kemudian, inform agen/owner yang kita dah ada pinjaman dan bayar 7% tadi kepada agen/owner.
  • Tandatangan S&P.
  • Dari sini lawyer akan menguruskan segala-galanya bagi pihak anda. Bagi hartanah leasehold, memang akan masa lama sikit sebab memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Sebulan lebih jugaklah nak tunggu, kalau ada cuti banyak, lagi lama. Untuk hartanah freehold, proses pertukaran nama ni straight forward. Untuk hartanah yang masih dalam pembinaan, tunggulah sehingga hartanah anda siap baru boleh cerita.
  • Bila urusan dah nak selesai, lawyer akan mula meminta pembayaran yuran dan duti setem rumah. Kena siap sedia untuk menghadapi saat ini sebab kalau tak bayar, transaksi tak boleh diteruskan. Bagi pembelian subsale yang ada lebihan daripada loan, boleh minta lawyer untuk kontra-kan terus bayaran tadi.
  • Selain itu, yuran guaman + duti setem untuk surat perjanjian pinjaman mungkin tidak mencukupi dan anda mungkin kena tambah sikit duit sendiri. Untuk mengelakkan daripada ini berlaku, minta quotation awal-awal lepas sign S&P supaya tak terkejut kalau mereka minta pembayaran.
  • Untuk yang membeli rumah yang masih dalam pembinaan, anda perlu membayar interest terhadap progress payment yang telah dikeluarkan oleh bank kepada pemaju. Jangan terkejut pula kalau kadar bayaran ni semakin lama semakin meningkat kerana ia dikira berdasarkan berapa banyak pembayaran (progress payment) yang telah dilakukan oleh bank kepada pemaju.
  • Bila semua dah selesai, lawyer akan panggil untuk tandatangan dokumen penyerahan. Biasanya lawyer akan berikan sekali salinan bil utiliti terakhir yang telah dilangsaikan oleh pemilik sebelumnya. Apa yang anda perlu periksa adalah untuk memastikan tiada tunggakan pada semua bil (elektrik, air dan kumbahan) serta maintenance fee. Kalau ada tunggakan, tuntut cepat-cepat. Lagi lama tunggu, lagi susah nak tuntut balik.
  • Bawa dokumen S&P tadi bila nak tukarkan nama pada bil utiliti.
Sumber : http://ariffshah.com
Share:

0 comments:

Post a Comment

Followers

Kenali Abam

Yazid Ahmat merupakan seorang perunding hartanah di Johor Bahru. Sebarang petanyaan boleh menghubungi talian 013-7974774 E-mail : yazid.zeema@gmail.com.

Pesanan Abam

Beli rumah awal, jangan tunggu waktu senja usia.
Modal bukan dalam bentuk wang sahaja, masa juga modal utama sebenarnya.


Powered by Blogger.

Mari Melawat Kami

Search This Blog

PENYEWA MISTERI

Rumah Untuk Dijual

Rumah Untuk Dijual